suria

Penyokong kelab bola sepak di Jerman buat kutipan dana untuk bayar perpindahan Messi

Seorang penyokong Stuttgart membuat kutipan dana untuk mendapatkan bayaran bagi perpindahan pemain itu ke kelab di Jerman. Foto Reuters

MASA depan bintang bola sepak, Lionel Messi terus menjadi tanda tanya.

Terbaharu, seorang penyokong kelab Stuttgart cuba membantu pasukan di Jerman bagi mendapatkan pemain Barcelona itu.

Tim Artmann menubuhkan kutipan dana dengan sasaran berjumlah €900 juta (RM4.47 bilion), sebagai bayaran untuk pasukan Bundesliga itu memperoleh Messi.

Selepas lima hari, kutipan dana berjaya mengumpulkan hanya €262 (RM1,303).

Namun, Artmann mendedahkan bahawa sekiranya kutipan dana mencapai sasaran, atau Messi berhijrah ke kelab lain, dana tersebut akan disumbangkan untuk kebajikan.

Menerusi satu keterangan di halaman GoFundMe: "Kami penyokong VfB mengumpul dana untuk membayar perpindahan Lionel Messi.

"Jika jumlah dana tidak mencapai sasaran tepat pada masanya atau Lionel Messi menyertai kelab lain, 100 peratus dana itu akan disumbangkan kepada Viva con Agua," katanya. - Mail Online



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain