suria

Bapa Messi dirakam menaiki jet peribadi, dikhabarkan mungkin mahu bertemu Pep Guardiola

Jorge Messi dikatakan mahu bertemu dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola. Foto: Dailystar

BAPA kepada Lionel Messi, dikhabarkan telah menaiki jet peribadi, di tengah-tengah kehangatan berita mengenai kedudukan pemain itu di Barcelona.

Jorge Messi dikatakan ingin mempercepatkan perpindahan keluar pemain berusia 33 tahun itu dari Barcelona.

Ada spekulasi mengatakan Jorge mungkin dalam perjalanan ke Manchester untuk bertemu Pep Guardiola, pengurus Manchester City.

Pep Guardiola yang juga bekas jurulatih Barcelona sememangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Messi, terutamanya ketika kedua-duanya menaungi kelab Catalan itu.

Manchester City juga berhubungan dengan keluarga Messi dan berminat untuk membuat perjanjian yang akan membuat bintang antarabangsa Argentina itu berhijrah ke Etihad. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain