PERTEMUAN antara bapa Lionel Messi, Jorge dan presiden kelab Barcelona, Josep Bartomeu berakhir tanpa persepakatan pada Rabu malam. Mesyuarat berlangsung selama satu setengah jam tetapi Bartomeu tetap nekad untuk tidak membiarkan Messi pergi tanpa bayaran perpindahan yang besar. Sementara itu, bapa Messi pula tetap berkeras bahawa anaknya adalah ejen bebas.Diario Sport melaporkan Bartomeu menghadiri pertemuan dengan pengarah Javier Bordas dan Messi, ditemani oleh anak lelakinya, Rodrigo dan peguam, Jorge Pecourt. Tanpa persepakatan itu, Messi tidak akan kembali menjalani latihan di bawah jurulatih baharu, Ronald Koeman, dengan menekankan desakannya bahawa beliau bukan lagi pemain Barcelona setelah mengirimkan dokumen menerusi khidmat pos burofax kepada kelab itu, minggu lalu. Terdahulu, Jorge dilihat keluar dari sebuah teksi pada Rabu pagi bagi menghadiri peerbincangan awal untuk menjelaskan masa depan Messi. Bagaimanapun, kedua-dua kelab dan Messi tidak mencapai penyelesaian dan menemui jalan buntu. Manchester City kekal menjadi kelab yang paling mungkin disertai Messi sekiranya beliau meninggalkan Barcelona. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!