suria

Mbappe terlepas aksi menentang Croatia selepas disahkan positif Covid-19, sedang jalani kuarantin di rumah

Bintang Perancis dan PSG, Kylian Mbappe disahkan positif Covid-19. Foto: Reuters/Charles Platiau

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe diuji positif untuk wabak Covid-19.

Dengan perkembangan terbaharu itu, ini bermakna Mbappe akan terlepas saingan Liga Negara-Negara menentang Croatia pada malam Selasa, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak mempunyai sebarang gejala, lapor RMC Sports, dan dia telah meninggalkan skuad kebangsaan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumahnya.

Mbappe adalah bintang PSG ketujuh yang diuji positif Covid-19.

Enam bintang yang dijangkiti wabak tersebut sebagaimana laporan media Perancis, L'Equipe adalah Neymar, Mauro Icardi, Marquinhos, Angel Di Maria, Leandro Paredes dan Keylor Navas.

Keenam-enam mereka bercuti di Ibiza di Sepanyol selepas aksi final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos.

Mbappe dan enam bintang tersebut akan terlepas dua perlawanan pembukaan PSG menentang Lens pada hari Khamis dan Marseille tiga hari kemudian. - Xinhuanet.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kylian Mbappe, Covid-19, PSG, Perancis, Croatia

Artikel Lain