BARCELONA segera memanfaatkan Lionel Messi yang menjanjikan masa depannya kepada kelab itu, apabila pemain itu memperagakan kit jersi ketiga yang baharu. Pemain kelahiran Argentina itu kelihatan pasti akan meninggalkan kelabnya untuk ke Manchester City pada musim panas ini. Bagaimanapun, setelah berminggu-minggu perbincangan dengan kelab dan pertikaian undang-undang, pemain berusia 33 tahun itu mengatakan bahawa beliau akan kekal selama satu musim lagi. Beliau enggan membawa kelab itu ke muka pengadilan atas pertikaian mengenai klausa pelepasan £6360 juta. Kini kelab itu telah melancarkan reka bentuk kit baharu mereka untuk musim akan datang, berwarna merah jambu terang. Kelab itu juga memaparkan gambar Messi memakainya. Bekas penyerang Barcelona, Gary Lineker memberi respons mengenai bintang itu memakai kit baharu. "Sekarang kami tahu mengapa Messi mahu pergi," katanya beserta emoji gurauan. Walaupun Barcelona memperkenalkan rekaan yang berbeza, penyokong lebih tertumpu kepada penampilan Messi di dalam gambar, dengan segelintirnya mendakwa imej tersebut mungkin disunting kerana keinginannya untuk meninggalkan kelab itu. "Mereka photoshop kerana dia tidak akan senyum," katanya seorang penyokong. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!