suria

Koeman tegaskan hubungannya dengan Messi tak bermasalah

Koeman tegaskan dia dan Messi tidak mempunyai masalah. Foto: EPA

PENGURUS Barcelona, Ronald Koeman menegaskan bahawa hubungannya dengan Lionel Messi berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Messi sebelum ini memaklumkan Barcelona bahawa dia mahu meninggalkan kelab berkenaan sebelum membuat pusingan U dan menyatakan dia akan kekal di Camp Nou untuk musim ini.

"Isu utama adalah membabitkan konflik antara Messi dan kelab. Saya sudah bercakap dengan Messi sejak tiba di sini dan kami akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya.

Kemelut timbul selepas Barcelona mengalami kekalahan memalukan 2-8 ke atas Bayern Munich pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara sehingga Messi tampil memberikan pelbagai alasan dan mula bosan dengan keadaan yang berlaku di dalam dan luar kelab itu.

Namun kemudian, bintang antarabangsa Argentina ini memaklumkan bahawa dia kekal di Camp Nou untuk musim ini. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain