PELUMBA Lewis Hamilton mengemukakan permohonan maaf selepas mendakwa bos Formula Satu (F1) sengaja mahu melihat dia gagal memenangi perlumbaan selepas dikenakan penalti. Hamilton diletakkan harapan untuk menyamai rekod Michael Schumacher meraih kejuaraan ke-91 di Sochi, Ahad lalu namun ia digagalkan dengan dia dikenakan penalti 10 saat sebelum perlumbaan di Grand Prix Russia. Juara dunia enam kali itu mendakwa bahawa badan induk F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), cuba mencari jalan lain untuk menghalangnya daripada meraih kejuaraan. Tetapi dalam catatan di media sosial pada Selasa, Hamilton menulis: "Saya mungkin tidak selalu melakukannya dengan betul dalam menghadapi kesulitan" "Saya mungkin tidak bertindak balas seperti yang anda mahukan apabila berada dalam keadaan genting namun saya juga manusia dan sentiasa teruja dengan apa yang saya lakukan. "Saya sentiasa belajar dan biarlah perkara ini memberi pengajaran. Saya akan sentiasa berusahan untuk perlumbaan seterusnya. Terima kasih kepada siapa yang sentiasa terus menyokong saya," katanya. - Independent.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!