PASUKAN media sosial Manchester City melakukan kesilapan di laman web kelab itu, apabila mereka mendakwa telah mendapatkan pemain, Kalidou Koulibaly dan bukannya pemain sebenar, Ruben Dias. Manchester City sebelum ini sering dikaitkan dengan hasrat kelab itu untuk mendapatkan pemain Napoli, Koulibaly pada musim panas ini. Bagaimanapun, Dias yang diambil terlebih dahulu menerusi satu perjanjian pada Selasa. Walaupun kedatangan pemain pertahanan kelahiran Portugal itu dari Benfica ke Manchester City, nampaknya kelab itu menerusi laman webnya mempunyai 'templat' yang disediakan untuk mendapatkan Koulibaly. Ia kemudian terlupa untuk menukar satu bahagian di bawah artikel. Para penyokong berpeluang untuk memenangi baju Koulibaly yang ditandatangani, sedangkan pemain itu masih berada di Serie A bersama Napoli. Kesilapan itu segera diperbaiki, tetapi netizen telah membuat tangkapan skrin dan berkongsi di media sosial. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!