suria

Adidas reka kasut khas untuk Salah, bakal disarung ketika bertemu Ajax

Salah akan memakai kasut bola khas rekaan Adidas ketika bertemu Ajax. Foto: Getty Images

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah akan memakai sepasang kasut khas keluaran Adidas pada aksi Liga Juara-Juara minggu ini setelah mencetak 100 gol untuk kelab itu ketika menentang Everton, Sabtu lalu.

Salah menjadi pemain pertama Liverpool melakar rekod tersebut selepas Steven Gerrard melakukannya pada 2008.

Untuk meraikan pencapaian Salah, Adidas mereka kasut bola khas untuknya yang akan digunakan apabila Liverpool bertemu Ajax, Khamis ini.

Ia menyaksikan Salah akan menyarung kasut bola berwarna emas dan putih dengan perkataan 'Salah100' di sebelah tepi.

Salah sudah mencuba menggunakan kasut bola khas itu pada sesi latihan dan dia pastinya mahu meledak gol apabila menggunakannya pada aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

The Reds akan berkunjung ke Ajax selepas melakar keputusan seri 2-2 ketika bertemu Everton pada Sabtu.

Liverpool akan beraksi tanpa Virgil Van Dijk dan Thiago Alcantara yang berdepan kecederaan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bagaimanapun yakin Naby Keita akan kembali beraksi selepas ujian swab ke atasnya didapati negatif. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain