suria

Tak mahu bosan ketika kuarantin, Ronaldo lakukan senaman sambil menyanyi, menari

Ronaldo bersenam berbasikal di kediamannya sambil menyanyi, serta menunjukkan gaya rambut baharunya. -foto instagram cristiano

DUA perkara yang menjadi begitu popular ketika 'perintah berkurung' adalah senaman dan gunting rambut.

Seperti Cristiano Ronaldo, beliau meneruskan perintah kuarantin di kediamannya di Turin, Itali selepas disahkan positif Covid-19.

Pemain berusia 35 tahun itu tidak mempunyai perbezaan dengan orang lain apabila beliau menunjukkan potongan rambut baharu ketika melakukan senaman berbasikal.

Ronaldo disahkan positif Covid-19 ketika bermain untuk skuad kebangsaannya bersama Portugal lebih seminggu lalu.

Sejak keputusan itu, beliau kembali ke rumahnya di Turin untuk pengasingan diri.

Tidak berpeluang untuk semua perlawanan Juventus atau menggunakan kemudahan kelab di pusat latihan. Ronaldo menghabiskan masanya di gim di rumahnya.

Menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial Instagram, beliau kelihatan menari dan menyanyi sambil berbasikal di gimnya, sambil menunjukkan rambut baharu.- Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain