BUKAN sekadar kehebatan di litar, malah kisah peribadi juara Formula Satu (F1) Lewis Hamilton turut menjadi bualan ramai. Namun kata Hamilton, dia banyak melakukan perubahan dalam hidup bagi mencari keseimbangan antara diri sendiri dan kerjaya. "Dalam beberapa tahun ini, banyak andaian dibuat terhadap saya. Khususnya mengenai gaya hidup. "Sudah tentu saya ada banyak benda lain selain berlumba kereta di litar. Itulah keseimbangan yang saya mahukan. "Namun, saya juga bagaikan sudah lahir dengan imej Playboy ini yang mana ia bukan saya yang sebenar sebagaimana sewaktu saya berada di rumah bersama keluarga," ujarnya. Kata Hamilton, dia membuktikan apa yang diperkatakan pengkritik adalah salah dengan memberikan prestasi terbaik di litar lumba. Tambahnya lagi, tahun 2020 yang disifatkan cukup berbeza turut memberi ruang untuknya membuat refleksi diri dalam menjadi insan yang lebih baik. - Essentially Sports. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!