suria

Messi doa Ronaldo lekas sembuh dari Covid-19, harap dapat bertemu di padang minggu depan

Messi berharap dapat bertemu dengan Ronaldo dalam aksi Liga Juara-Juara, minggu depan.

LIONEL Messi berharap dapat 'bertemu' dengan Cristiano Ronaldo ketika Juventus menentang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, minggu depan.

Penyertaan bintang Portugal itu masih belum dapat dipastikan selepas dikesan positif Covid-19 pada 13 Oktober lalu dan menjalani proses kuarantin.

Sepanjang tempoh itu, Ronaldo terlepas dua aksi Juventus menentang Crotone dan Dynamo Kiev.

Ujian kali kedua juga mendapati Ronaldo masih belum bebas Covid-19, sekaligus penyertaannya menentang Barcelona belum dapat dipastikan.

Sky Sports melaporkan bahawa Ronaldo bebas daripada sebarang gejala dan laporan ujiannya dihantar ke UEFA seminggu sebelum perlawanan.

Jika keputusan ujian tersebut menunjukkan negatif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum perlawanan, Ronaldo akan dibenarkan beraksi di padang.

Sungguhpun ketiadaannya kelak mungkin dapat meningkatkan peluang kemenangan berpihak kepada Barca, namun Messi berharap 'seterunya' cepat pulih.

Malah Messi berharap mereka berdua dapat terus memberikan momen istimewa antara satu sama lain kepada penyokong.

"Aksi bersama Ronaldo sangat istimewa dan akan kekal selamanya. Ia berlangsung bertahun lamanya dan bukan mudah mengekalkannya pada tahap itu untuk tempoh lama.

"Persaingan saya dengan Ronaldo sangat baik dari segi peribadi dan saya fikir semua orang seronok melihatnya.

"Penyokong Real, Barca dan semua peminat bola sepak sudah menyaksikan aksi kami. Kami berharap dapat memberikan lebih keseronokan pada Rabu depan," katanya. - Independent.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain