suria

Pulih daripada Covid-19, Ronaldo sumbat dua gol ketika aksi Juventus menentang Spezia

Ronaldo menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan Juventus ke atas Spezia. Foto: EPA

LEBIH dua minggu dikuarantin gara-gara Covid-19, Cristiano Ronaldo kembali dengan aksi cemerlang apabila berjaya menyumbat dua gol ketika aksi menentang Spezia, pada Ahad.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang ketinggalan empat perlawanan, melayangkan bola ke gawang untuk memperoleh skor 2-1, hanya tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua perlawanan.

Ronaldo yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Oktober lalu, sebelum ini meluahkan kekecewaannya di media sosial setelah keputusan ujian calitan (swab) tidak menunjukkan keputusan negatif menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada Rabu.

Bekas penyerang Real Madrid itu akhirnya disahkan pulih pada Jumaat lalu, sebelum disenaraikan sebagai pemain gantian ketika aksi menentang Spezia oleh jurulatih Andrea Pirlo.

Ronaldo diturunkan ke padang pada minit ke-56 yang menyaksikannya menyumbat gol pertama tiga minit kemudian, dan menyumbat gol kedua pada minit ke 76 sekaligus menyumbang kemenangan Juventus ke atas Spezia 4-1. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Cristiano Ronaldo, Juventus, Spezia

Artikel Lain