suria

Pochettino tolak jawatan Barcelona dua kali, percaya dapat peluang di Old Trafford

(gambar fail) Mauricio Pochettino meninggalkan Tottenham pada 2019. foto AFP

MAURICIO Pochettino menolak jawatan di Barcelona sebanyak dua kali bagi membolehkan beliau mendapat peluang di Manchester United.

Bekas pengurus Tottenham itu dilihat sebagai calon yang mendahului untuk merebut jawatan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

Tekanan dihadapi Solskjaer apabila Manchester United mengalami kekalahan yang memalukan di tangan Istanbul Basaksehir dengan 2-1.

Ia susulan kekalahan buat pertama kali dengan Arsenal di Old Trafford dalam tempoh 14 tahun.

Daily Star Sport difahamkan Pochettino tidak membiarkan dirinya dihalang untuk ke Old Trafford.

Pengurus kelahiran Argentina itu dilaporkan menolak jawatan pengurus pasukan sejak meninggalkan Tottenham pada November 2019.

Malah, Daily Star Sport difahamkan pengurus itu menolak tawaran kelab gergasi Sepanyol itu sebanyak dua kali, dan memutuskan untuk menunggu kelab yang sesuai. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain