BINTANG Manchester United, Marcus Rashford diabadikan dalam bentuk lukisan mural, karya seorang pelukis jalanan. Mural tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan di atas kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh pemain berkenaan. Pemain berusia 23 tahun itu bekerja keras untuk memastikan kanak-kanak yang dilanda kemiskinan diberi makan semasa cuti sekolah, mengetuai kempen untuk kerajaan menyediakan makanan sekolah secara percuma sejak Mac lalu. Penyerang Manchester United itu diberi penghargaan MBE di atas usahanya dalam menggesa kerajaan untuk terus memberi makan kepada mereka yang memerlukan. Rashford dihujani banyak pujian dan penghargaan di atas sumbangan amalnya. Terbaharu, penghargaan tersebut ditunjukkan dalam bentu mural di sebuah jalan di Manchester, United Kingdom. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!