suria

Sah! Mohamed Salah pula positif Covid-19

Mohamed Salah menjadi bintang terbaharu Liverpool disahkan positif Covid-19.

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19, demikian pengesahan yang dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Mesir (EFA).

EFA Mesir menerusi laman sosial Twitter memaklumkan, pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala.

"Ujian calitan yang dijalankan ke atas skuad kebangsaan menunjukkan pemain antarabangsa kami, Mohamed Salah, bintang Liverpool dijangkiti Covid-19," demikian ciapan di laman sosial itu.

Pemain sayap Mesir itu menjadi bintang terbaru Reds yang dijangkiti wabak berkenaan.

Sebelum ini Sadio Mane, Thiago Alcantara dan Xherdan Shaqiri dilaporkan terpaksa menjalani isolasi selepas disahkan positif Covid-19.

Perkembangan itu sekaligus menyaksikan Salah tidak dapat menyertai aksi Liverpool menentang Leicester pada 22 November ini. - Skysport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain