DUA bintang Real Madrid, Eden Hazard dan Casemiro disahkan positif Covid-19.
Perkara tersebut disahkan oleh kelab berkenaan menerusi satu kenyataan.
"Real Madrid mengumumkan bahawa pemain kami Casemiro dan Hazard telah disahkan positif dalam ujian Covid-19 yang dijalankan pada pagi Jumaat.
"Semua pemain lain dan staf kejurulatihan untuk skuad utama termasuk semua pekerja kelab telah menunjukkan keputusan negatif selepas menjalani ujian saringan,"demikian kenyataan berkenaan.
Kedua-dua pemain berkenaan sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing. - Goal.com
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!