suria

Telinga hampir putus ketika perlawanan, peninju mohon maaf

Ramiz Brahimaj cedera parah dalam perlawanan itu.

TELINGA seorang peninju UFC, Ramiz Brahimaj hampir putus menerusi satu perlawanan baru-baru ini.

Malah, lawannya iaitu Max Griffin turut memohon maaf atas insiden yang berlaku.

Ia berlaku sewaktu mereka bertembung dalam pusingan ketiga menerusi aksi di UFC Las Vegas 13.

Tumbukan Griffin ternyata terlalu kuat sehingga mengakibatkan kecederaan peninju berusia 27 tahun itu.

Pengadil kemudiannya pantas menghentikan perlawanan selepas darah mengalir di telinga Brahimaj.

"Telinganya hampir jatuh," ujar pengulas perlawanan, Dominick Cruz.

Malah, ramai yang turut meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku ke atas peninju itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain