DEMI cinta, apa sahaja sanggup dilakukan. Begitulah kisahnya melibatkan Georgina Rodriguez yang juga kekasih kepada pemain bola sensasi, Cristiano Ronaldo. Pada Selasa petang, Georgina dilaporkan terbang ke Madrid untuk keluarganya dengan menaiki pesawat peribadi milik Ronaldo. Malah, dia dikatakan merancang untuk memberi hadiah Krismas lebih awal menerusi kepulangan itu. Dalam pada itu, Georgina juga aktif melakukan kerja kebajikan tatkala Covid-19 sedang melanda. Baru-baru ini, dia ada membuat sumbangan 20,000 keping pelitup mua kepada satu badan kebajikan. - The Sun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!