suria

Minta jaga anak 7 tahun, mesej terakhir Maradona kepada bapa tiri

Diego Maradona (kanan) bersama anak lelakinya, Dieguito Fernando. -foto Mirror

DIEGO Maradona merakam pesanan yang menyentuh emosi mengenai anak bongsunya, beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menerusi satu rakaman pesanan mesej, legenda bola sepak Argentina itu meminta bapa tiri kepada anaknya, Dieguito Fernando yang berusia tujuh tahun, supaya menjaga anaknya itu.

Bercakap kepada Mario Baudary dalam satu rakaman: "Jaga dia dan jaga malaikatku, yang tidada tandingannya."

Rakaman tersebut disiarkan oleh wartawan Argentina Luis Ventura dalam satu program bual bicara di Amerika Syarikat (AS).

Ibu kanak-kanak itu, Veronica Ojeda berkongsi gambar Dieguito dengan Maradona beberapa hari sebelum kematiannya.

Setakat ini, Veronica masih belum memberikan kenyataan awam berhubung kematian legenda bola sepak itu, minggu lalu.

Mararodna meninggal dunia pada usia 60 tahun. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain