suria

Tweet rasis 9 tahun lalu dibongkar, bintang Ragbi Argentina terima padah

Matera turut memohon maaf dan mengakui malu dengan kenyataan lampau itu.

BINTANG ragbi Argentina, Pablo Matera dilucutkan jawatan kapten setelah kenyataan berbaur perkauman yang ditulisnya di Twitter terbongkar.

Matera yang turut digantung perlawanan menulis beberapa mesej tersebut antara tahun 2011 dan 2013.

Bagaimanapun, tweet berkenaan telah dipadam.

Dalam pada itu, Matera turut memohon maaf dan mengakui malu dengan kenyataan lampau itu.

"Saya sangat malu. Maaf kepada semua yang terasa dengan apa yang saya tulis.

"Pada waktu itu saya tidak pernah bayangkan saya akan berada pada posisi hari ini.

"Pada hari ini, saya harus mengakui kata-kata yang saya ucapkan sembilan tahun lalu," ujarnya.

Pemain berusia 27 tahun itu sepatutnya menyertai satu perlawanan di Australia pada minggu ini, namun digugurkan pada saat akhir susulan kontroversi itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain