suria

Dortmund pecat jurulatih sehari selepas ‘dibelasah’ Stuttgart

Favre akan digantikan oleh penolong jurulatih, Edin Terzic. Foto: AP

BORUSSIA Dortmund memecat jurulatih, Lucien Favre, sehari selepas skuad bimbingannya itu mengalami kekalahan teruk gara-gara tewas 1-5 kepada VfB Stuttgart.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan kelab itu menduduki tangga kelima liga, lima mata di belakang pendahulu, Bayern Munich.

Favre yang berasal dari Switzerland, akan digantikan oleh penolong jurulatih, Edin Terzic.

"Amat sukar untuk kami membuat keputusan ini tetapi kami percaya perkembangan negatif ini meletakkan sasaran kami dalam bahaya. Jadi kami perlu ambil tindakan," kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.

Favre sendiri mengakui kegagalan itu yang menyaksikan skuad bimbingannya mengalami kekalahan terburuk di tempat sendiri sejak dimalukan Bayern Munich 1-5 pada 2009.

Favre telah bersama Dortmund sejak 2018 bahkan sebelum prestasi teruk kelab tersebut baru-baru ini, dia sudahpun kelihatan cenderung untuk meninggalkan kelab ketika kontraknya tamat pada akhir musim. - Newsobserver.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain