suria

Ronaldo, Lewandowski dan Messi finalis Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2020

Ronaldo, Messi danLewandowski diumumkan sebagai tiga finalis bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2020.

FIFA pada Sabtu mengumumkan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo; bintang Barcelona, Lionel Messi dan bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski sebagai tiga finalis bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Fifa.

Pada 25 November, Fifa mengumumkan telah menyenarai pendek nama 11 pemain untuk anugerah tersebut.

Namun akhirnya nama-nama seperti Kevin De Bruyne, Sadio Mane, Kylian Mbappe, Neymar, Sergio Ramos, Mohamed Salah, Thiago Alcantara dan Virgil van Dijk tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya,

Ronaldo meraih anugerah tersebut pada 2016 dan 2017, ketika dia cemerlang memimpin Real Madrid ke Liga Juara-Juara.

Sementara itu, Messi juga merupakan salah seorang yang pernah meraih gelaran tersebut sebelum ini, namun prestasinya agak hambar pada tahun ini kerana terpalit dengan isu bersama pasukannya.

Lewandowski sebelumnya memberitahu bahawa dia optimis untuk memenangi anugerah itu tetapi mengakui persaingannya sengit.

Pemenang akan diumumkan pada 17 Disember ini. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain