CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia tidak pernah menganggap Lionel Messi sebagai 'musuh' selepas Juventus menewaskan Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu. Dalam aksi berkenaan, Ronaldo menyumbat dua gol menerusi sepakan penalti dan satu menerusi Weston McKennie di Camp Nou membolehkan Juventus menang 3-0 dan menduduki tangga teratas Kumpulan G. Sementara itu Messi tampil membuat 11 percubaan dengan tujuh mengenai sasaran, namun Barca tewas ketika berdepan Ronaldo. Malah, Ronaldo yang dilihat berbual seketika bersama Messi sebelum perlawanan berkata, tiada persaingan di antara kedua-dua mereka. "Saya selalu mempunyai hubungan baik dengan dia. Saya berkongsi 12,13 atau 14 anugerah dengan dia dan saya tidak nampak dia sebagai pesaing saya. "Dia melakukan apa yang terbaik untuk pasukannya, begitu juga saya. Saya tiada masalah dengannya dan boleh bersama-sama dengannya selalu. "Tetapi seperti kita ketahui dalam bola sepak, untuk media dan untuk penonton, persaingan ini perlu tetapi hubungan saya dengannya amat baik," kata bintang antarabangsa Portugal itu. - Goal.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!