AKSI Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini di antara Barcelona dan Juventus berpotensi untuk menemukan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, sejak penyerang Portugal itu meninggalkan Real Madrid pada 2018 untuk menyertai kelab Itali. Ronaldo terlepas perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan di Turin selepas disahkan positif Covid-19. "Leo (Messi) dan Ronaldo adalah dua pemain hebat yang telah lama ditonton," kata jurulatih Barcelona, Ronald Koeman dalam sidang akhbarnya. "Mereka adalah yang terbaik dalam 15 tahun terakhir ini. Mereka telah mencapai begitu banyak kejayaan. "Mereka adalah pemain yang berbeza tetapi saya mengagumi mereka berdua. Saya harap kita dapat menonton aksi mereka berdua," katanya. Kedua-dua bintang tersebut kini berada di peringkat terakhir karier mereka di mana Messi berusia 33 tahun dan Ronaldo berusia 35 tahun - tetapi tetap berada di antara pemain terbaik di dunia. - ESPN.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!