JURULATIH Juventus, Andrea Pirlo percaya bahawa bintang Barcelona, Lionel Messi sedang berdepan dengan masalah psikologi selepas gagal berhijrah ke kelab lain. Masa depan Messi yang juga bintang Argentina, adalah perkara yang menjadi perbualan utama pada jendela perpindahan pemain sebelum ini selepas usahanya untuk berhijrah gagal. Messi, 33, enggan mengheret Barcelona ke mahkamah dan akhirnya bersetuju untuk kekal selama setahun lagi di Nou Camp di sebalik spekulasi dia akan kembali beraksi di bawah bimbingan Pep Guardiola di Manchester City. Namun prestasinya menurun apabila hanya mampu meledak empat gol daripada 10 perlawanan La Liga. Pirlo percaya kegagalan Messi untuk berhijrah menjadi punca kepada prestasi buruknya ketika ini. "Messi sedang berdepan masalah ketika ini, iaitu sama ada dia akan kekal di Barcelona atau sebaliknya. "Bagaimanapun ketika turun beraksi, dia sentiasa mempamerkan aksi sebenarnya. "Selain isu dalam bola sepak, mungkin dia mengalami masalah psikologi. Tetapi saya enggan mengulas mengenainya. Ia tidak ada kaitan dengan kami," katanya. - Thesun.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!