suria

Jenazah ibu mentua, bayi Syafiq Ahmad dikebumikan dalam satu liang lahad

Muhammad Syafiq cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kata-kata yang dapat menggambarkan kepiluan hati penyerang muda negara, Muhammad Syafiq Ahmad yang kehilangan ibu mentua dan bayinya dalam kejadian kemalangan pada awal pagi Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang JDT Syafiq Ahmad cedera akibat kemalangan, bayi usia 22 hari maut

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda penghormatan kepada Syafiq Ahmad sekeluarga, bendera JDT dipasang separuh tiang

Pada 8.25 malam hari yang sama, jenazah ibu mentua dan bayinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing, Pendang, Kedah.

Kedua-dua jenazah, Zainab Wahab, 46 dan Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, disemadikan dalam satu liang lahad.

Terdahulu, jenazah tersebut disembahyangkan di rumah keluarga isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain, 25 pada jam 5.55 petang sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Suasana tanah perkuburan pilu apabila Muhammad Syafiq yang juga penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) tiba dengan memangku jenazah anak keduanya bersama jenazah ibu mentuanya.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, ahli keluarga serta penduduk kampung.

Terdahulu, Muhammad Syafiq cedera ringan selepas kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terlibat dalam kemalangan.

Dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap itu turut mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 selain ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia Ibu mentua, bayi Muhammad Syafiq selamat dikebumikan 30-an. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain