KELAB gergasi Perancis, Paris Saint-Germain memecat jurulatihnya Thomas Tuchel, dengan bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino dikatakan bakal mengambil alih posisi sebagai calon penggantinya, demikian menurut sumber. Sumber menambah bahawa Pochettino, yang berkhidmat selama lima tahun bersama Spurs sebelum pemecatannya pada November lalu, telah melakukan rundingan dengan PSG selama dua minggu. Dikhabarkan keputusan memecat Tuchel adalah susulan aksi hambar yang dipamerkan olehnya yang gagal mendominasi saingan Liga Perancis pada musim ini. Sumber memberitahu ESPN bahawa segelintir pemain menjangkakan Tuchel akan dipecat sungguhpun dia disukai pemain. Sumber juga mengatakan bahawa Tuchel mengadakan pertemuan dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukan, Leonardo. Keputusan untuk menggantikannya dibuat pada minggu lalu ekoran ketegangannya dengan Leonardo selain corak permainan permainan yang hambar. - ESPN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!