suria

Gara-gara Covid-19, berat badan Hamilton susut 4kg

Berat badan Hamilton susut empat kilogram (kg) selepas dijangkiti Covid-19. Foto: EPA

JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton berkata berat badannya susut empat kilogram (kg) selepas dijangkiti Covid-19.

Hamilton terlepas aksi Grand Prix Sakir di Bahrain bulan ini selepas didapati positif Covid-19.

Dia menyiarkan gambarnya di gimnasium di Instagram, beberapa jam selepas diumumkan sebagai Personaliti Sukan terbaik 2020 BBC Ahad lalu.

"Saya hilang enam kilogram sepanjang dua bulan lalu - empat kilogram ketika saya disahkan positif Covid-19," katanya.

"Saya kehilangan begitu banyak otot. Saya bermula dari kekuatan yang rendah sekarang. Ia tidak menyeronokkan tapi bertekad untuk mengembalikan semula kekuatan saya dan kembali ke 100 peratus semula," katanya.

Untuk rekod, pada tahun ini, Hamilton menyertai 16 kejohanan Grand Prix.

Hamilton dikuarantin selepas keputusan pada 1 Disember mengesahkan dia positif Covid-19, beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain