SEORANG lelaki akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan buli siber yang menyebabkan kematian ahli gusti profesional Jepun, Hana Kimura. Kimura yang juga bintang Netflix meninggal dunia pada 22 Mei lalu selepas menjadi sasaran buli siber. ARTIKEL BERKAITAN: Ahli gusti Jepun yang juga bintang Netflix, Hana Kimura meninggal dunia pada usia 22 tahun Selepas tujuh bulan kematian, polis kini akan mengenakan pertuduhan ke atas suspek yang berusia 20-an itu. Selain itu, hampir 1,200 posting yang dibuat menerusi 600 akaun sedang disiasat, juga atas dakwaan buli siber ke atas atlet popular itu. Kimura yang juga pemenang Anugerah Fighting Spirit Stardom 2019, adalah salah seorang bintang Terrace House, sebelum rancangan itu ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Ibunya Kyoko Kimura juga merupakan seorang ahli gusti terkenal - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!