suria

Lewandowski menang anugerah pemain terbaik Fifa, Ronaldo tak mampu sembunyi wajah kecewa

Ronaldo kecewa selepas gagal memenangi anugerah berkenaan pada tahun ini. Foto: Reuters

CRISTIANO Ronaldo tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tidak memenangi anugerah pemain terbaik Fifa.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu memenangi anugerah berkenaan pada 2016 dan 2017.

Pada 2018, bekas bintang Real Madrid itu tewas kepada Luka Modric manakala Lionel Messi menewaskannya pada tahun lalu.

Dan pada 2020, walaupun berjaya disenaraikan sebagai antara tiga pemain terbaik, Ronaldo tewas kali buat kali ketiga.

Pada tahun ini, Robert Lewandowski memenangi anugerah itu selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Bayern Munich.

Bintang Poland berusia 32 tahun itu menjaringkan 60 gol sepanjang 52 perlawanan ketika dunia berdepan pandemik Covid-19.

Lewandowski membantu Bayern Munich meraih gelaran treble termasuk kejuaraan Bundesliga dan memenangi Liga Juara-Juara.

Di sebalik menyedari Lewandowski pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, Ronaldo dilihat masih tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain