BINTANG Chelsea, Reece James berang apabila cermin keretanya dipecahkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Malah, beliau memberi amaran bahawa 'setiap perbuatan itu akan mendapat balasannya'. Ia susulan kejadian cermin keretanya dipecahkan, dan mencuri hadiah-hadiah untuk sumbangan kebajikan. James berkongsi foto cermin keretanya yang dipecahkan itu di laman sosial Instagram milik beliau. "Satu lagi pengalaman yang menggembirakan dengan Projek Felix hari ini yang menyediakan makanan kepada generasi muda. "Semoga kita menyebarkan kegembiraan menjelang Krismas dalam waktu yang mencabar. "Malangnya, saya melalui satu kejadian sebaik kembali ke kereta. "Seseorang cuba memecah masuk kereta saya dan mencuri hadiah-hadiah yang sepatutnya didermakan pada hari yang sama," katanya. "Moga perbuatan itu akan mendapat pembalasannya," tambah James. Projek Felix merupakan pertubuhan yang mengumpulkan makanan yang tidak diperlukan dan disalurkan kepada sekolah-sekolah dan badan kebajikan bagi menangani masalah kebuluran di United Kingdom. Kejadian tersebut turut membangkitkan kemarahan para pengikut James di media sosial. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!