JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyifatkan tahun 2020 sebagai satu fasa sukar dalam hidupnya. Selain impak dirasai seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, Hamilton sendiri turut dijangkiti wabak itu. "Saban tahun kita hadapi benda berbeza. Secara peribadi, tahun ini paling sukar buat saya. "Kita berhadapan dengan isolasi, perlu mengasingkan diri tanpa orang sekeliling. "Banyak kehilangan besar. Hidup tidak normal," ujarnya. Pada tahun ini, dia menyertai 16 kejohanan Grand Prix. Untuk rekod, dia sebelum ini disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain. Hamilton dikuarantin selepas keputusan pada 1 Disember mengesahkan dia positif wabak itu. - Formula 1. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!