LAIN manusia lain ragamnya. Begitu juga dengan seorang pemain bola di Paraguay yang mengundang perhatian ramai kerana cubaan untuk berbogel di atas padang bagi meraikan jaringan gol. Raul Bobadilla dirakam membuka bajunya sebelum melondehkan seluar di atas padang. Akibat perbuatan itu, pemain berusia 33 tahun itu turut membuat permohonan maaf kepada isterinya. "Saya menyesal dengan cara saya meraikan gol. Saya harap isteri saya tak tengok. "Dia patut bertenang. Ini semua untuknya," kata pemain itu. Malah sewaktu kejadian, pengadil juga tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya. Namun, siasatan kini sedang dijalankan atas aduan yang diterima. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!