suria

Lebih konsisten berbanding Messi, Pele namakan Ronaldo pemain terbaik di dunia

Pele menamakan Ronaldo sebagai pemain terbaik di dunia kerana prestasinya konsisten. Foto: PA

LIONEL Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan dua nama yang tidap dapat 'dipisahkan' sejak sedekad lalu memandangkan kedua-duanya dikaitkan sebagai pesaing terdekat.

Bagaimanapun legenda Brazil, Pele menganggap pemain yang lebih hebat dan menyerlah adalah Ronaldo selaku penyerang Juventus.

"Hari ini pemain terbaik di dunia adalah Cristiano Ronaldo," kata Pele kepada saluran YouTube Pilhado per Daily Mail.

"Saya fikir dia yang terbaik, kerana dia lebih konsisten, tetapi anda tidak boleh melupakan Messi, tentu saja, tetapi dia bukan penyerang," katanya.

Walaupun memuji kehebatan duo itu, Pele masih membuat kesimpulan sederhana ketika memutuskan siapa pemain terbaik sepanjang masa - iaitu dirinya.

"Ini adalah soalan yang sukar dijawab," katanya ketika ditanya siapa yang terbaik.

"Kita tidak dapat melupakan Zico, Ronaldinho dan Ronaldo. Dan di Eropah, Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.

"Sekarang, ini bukan salah saya, tapi saya rasa Pele lebih baik daripada mereka semua," katanya lagi. - Sportsbible

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain