MALANG tidak berbau. Begitulah kisahnya mengenai seorang joki muda berusia 24 tahun yang maut dalam satu perlumbaan kuda baru-baru ini. Menerusi kejohanan di India itu, Jitendra Singh terjatuh selepas perlawanan bermula sebelum dia cedera dipijak kuda tunggangannya. Dia disahkan maut selepas dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. "Kira-kira 10 saat bermula, Jitendra jatuh kuda. Dia dikejarkan ke hospital tapi disahkan meninggal dunia oleh doktor," jelas seorang inspektor polis. Peminat joki itu turut menyuarakan rasa sedih atas pemergian berkenaan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!