BOS Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada 11 pemainnya pada awal bulan ini. Arteta mengakui bahawa keutamaan Arsenal untuk jendela perpindahan Januari adalah mengurangkan skuadnya yang 'besar'. William Saliba telah bergabung dengan Nice dengan status pinjaman untuk musim ini, dengan Sead Kolasinac memiliki perjanjian yang sama dengan Schalke. The Independent melaporkan bahawa Kolasinac adalah salah seorang daripada 11 bintang yang berada dalam senarai Arteta untuk dilepaskan. Dilaporkan bahawa Arteta menginginkan sekurang-kurangnya lapan pemain dilepaskan, dengan lebih daripada sepuluh pemain dilabel sebagai 'tidak boleh digunakan'. Mesut Ozil, Sokratis dan Shkodran Mustafi dilaporkan sebagai antara yang bakal 'dibuang'. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!