RIO Ferdinand menamakan lima bintang Liverpool dalam pasukan tahunan EA Sports Fifa (Team of the Year). Bagaimanapun, tiada nama pemain Manchester United mahupun nama Lionel Messi di dalam senarai itu. Bekas pemain Manchester United dan England itu memilih sistem 4-3-3 bagi pemilihan senarai nama pemain. Walaupun menjadi pesaing kepada Liverpool selama 12 tahun di Manchester United, majoriti nama pilihan itu dibuat dalam kalangan pemain-pemain dari kelab juara Liga Perdana Inggeris itu. Alisson merupakan nama pertama dari lima bintang Liverpool yang dipilih oleh Ferdinand atas faktor konsisten. Antara pemain Liverpool lain yang turut disenaraikan beliau adalah Trent Alexander-Arnold dan Virgil van Dijk. Dua lagi bintang Liverpool yang menjadi pilihan Ferdinand ialah Thiago dan Sadio Mane. Mengejutkan apabila tiada tempat untuk Messi, namun bintang Juventus, Cristiano Ronaldo turut tersenarai dalam pilihan itu. - Mail Online UK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!