WAYNE Rooney secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak selepas dilantik untuk memegang jawatan selaku pengurus Derby County sepenuh masa. Bintang berusia 35 tahun itu bersara sebagai pemain untuk kelab Manchester United dan skuad kebangsaan England. Rooney sebelum ini memangku jawatan sebagai pengurus interim untuk Derby sejak penghujung November lalu, namun kini menggalas tanggungjawab tersebut secara rasmi sehingga 2023. "Ketika saya pertama kali kembali di United Kingdom, saya benar-benar terpesona dengan potensi Derby County Football Club. Stadium, tempat latihan, kualiti kakitangan dan pemain dan tentu saja pangkalan peminat yang tetap setia dan menyokong. "Walaupun ada tawaran lain, saya tahu Derby County adalah tempat untuk saya. "Diberi peluang mengikut jejak langkah Brian Clough, Jim Smith, Frank Lampard dan Phillip Cocu adalah satu penghormatan," katanya. - Skysport Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!