BEKAS bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho dikelilingi gadis separuh bogel ketika muncul dalam muzik video pertamanya tahun ini. Ronaldinho kini beralih minat kepada dunia muzik selepas dibebaskan daripada penjara April tahun lalu. Dia yang sudah pulih daripada Covid-19, merancang untuk menerbitkan lapan buah lagu sepanjang tahun ini. Dia turut mencuri tumpuan apabila membuat penampilan dalam sebuah muzik video artis Tropa do Bruxo. Pemenang Piala Dunia itu dilihat memakai topi Kangol yang digemarinya dan menari berhampiran kolam renang sambil dikelilingi gadis. Ronaldinho mula jatuh cinta dengan dunia muzik selepas menerbitkan lagu pada 2016. Legenda Barcelona itu mencipta lagu untuk atlet di Sukan Paralimpik di Rio. - Thesun.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!