PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero sedang menjalani kuarantin kendiri selepas ujian Covid-19 mengesahkan dirinya positif virus berkenaan.
Bintang Argentina itu telah menjalani kuarantin sejak 10 Januari lalu selepas mendapati dia terdedah dengan satu kes positif Covid-19.
Pada Khamis, Aguero menerusi satu ciapan di Twitter mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan mengalami gejala.
"Selepas satu kes kontak rapat, saya telah mengasingkan diri dan ujian terbaru yang saya ambil mendapati keputusannya positif Covid-19.
"Saya mengalami beberapa gejala dan saya mengikuti saranan doktor untuk pulih. Jaga diri semua," tulis Aguero.
Ini bererti Aguero berkemungkinan akan ketinggalan sekurang-kurangnya tiga perlawanan berikutnya bersama City untuk berdepan dengan Cheltenham, West Brom dan Sheffield United dalam sepuluh hari akan datang. - Metro.co.uk
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!