PENINJU terkenal dunia, Floyd Mayweather sudah melamar teman wanitanya selepas beberapa bulan bercinta. Menurut The Sun, Mayweather membuat lamaran kepada Anna Monroe, 29, pada awal tahun ini. Dalam satu posting terbaharu di media sosial, wanita itu kelihatan memakai cincin berlian di jari sekaligus menguatkan desas-desus bahawa mereka sudah bertunang. Baru-baru ini, mereka turut bercuti bersama di Athens, Greece. Selain itu, pasangan romantis itu turut berkongsi foto menerusi sosial media mereka. Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa keluarga Mayweather tidak menyukai wanita itu yang juga penari di sebuah kelab bogel di Las Vegas. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!