CHELSEA memecat pengurusnya, Frank Lampard berikutan prestasi kelab itu merosot apabila berada di tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Para pemain dimaklumkan untuk tidak perlu hadir ke pusat latihan pada Isnin sehingga pengesahan mengenai pemecatan dibuat. Lampard menjadi pengurus yang ke-10 dipecat semasa Chelsea di bawah pemilik Roman Abramovich. Tindakan tersebut dibuat selepas kelab itu mengalami lima kekalahan dalam lapan perlawanan EPL. Abramovich dalam satu kenyataan menyifatkan Lampard sebagai seorang yang berintegriti tinggi. Mengesahkan pemecatan Lampard, beliau berkata: "Dalam keadaan semasa, kita percaya adalah lebih baik untuk menukar pengurus, dengan kelab berada di posisi pertengahan." - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!