suria

Digantung setahun kerana positif doping, penjaga gol Ajex dakwa tersilap ambil ubat isteri

Andre Onana didapati positif doping. foto AP

PENJAGA gol Ajax, Andre Onana telah dikenakan sekatan selama 12 bulan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), selepas didapati melanggar peraturan anti-doping.

Pemain berusia 24 tahun itu mengambil bahan terlarang Furosemide, yang dikesan dalam air kencingnya.

Ia dibuat dalam ujian 'di luar perlawanan' pada 30 Oktober tahun lalu.

Kelab gergasi Belanda, Ajax berusaha untuk menawarkan konteks lebih lanjut mengenai situasi tersebut dengan mengeluarkan pernyataan lengkap.

Ia kemudian mengesahkan larangan tersebut akan diajukan kepada Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS).

Pada Jumaat, Ajax menerusi satu keterangan menjelaskan bahawa pemain itu tidak sihat pada 30 Oktober lalu.

"Dia mahu mengalmbil pil untuk meredakan ketidakselesaan itu

"Tanpa disedarinya, dia bagaimanapun telah mengambil Lasimac, ubat yang digunakan oleh pasangannya sebelum itu.

"Kekeliruan Onana mengakibatkan dia tersilap mengambil ubat isterinya, akhirnya menyebabkan tindakan ini diambil oleh UEFA terhadap penjaga gol itu.

"Tambahan pula, badan disiplin persatuan bola sepak telah menyatakan bahawa Onana tidak berniat untuk menipu.

"Namun, UEFA percaya, berdasarkan peraturan anti-doping, seorang atlet bertanggungjawab setiap masa untuk memastikan tiada bahan terlarang di dalam badannya," menurut keterangan itu. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Andre Onana, positif doping, EUFA,

Artikel Lain