suria

Tiger Woods tak mabuk ketika kemalangan, tiada dakwaan dikenakan

Woods terlibat dalam kemalangan ketika memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

ALKOHOL bukan punca.

Demikian kata pihak berkuasa berhubung kemalangan melibatkan bintang golf, Tiger Woods yang terlibat dalam kemalangan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa.

Malah, tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan ke atas atlet terkenal itu.

Jelas pihak berkuasa, atlet berusia 45 tahun itu tidak berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian itu berlaku.

Woods kini masih lagi dirawat di hospital.

Menerusi kejadian baru-baru ini, Woods terlibat dalam kemalangan ketika memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

Dia pada waktu itu memandu kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berseorangan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain