suria

Kes rogol: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara 9 tahun terhadap Robinho

Robinho didapati bersalah merogol seorang wanita pada 2013. Foto: Getty Images

BEKAS bintang Manchester City, Robinho telah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan rogol.

Robinho, 37, dituduh merogol seorang wanita berusia 20-an di sebuah kelab malam di Itali pada tahun 2013.

Dia pada awalnya didapati bersalah pada 2017 sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman pada Disember tahun lalu.

Robinho kemudian cuba mencabar keputusan tersebut dan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mengikut undang-undang Itali, seseorang tidak akan dihukum sehingga semua proses rayuan dimuktamadkan, dengan Mahkamah Agung adalah mahkamah rayuan tertinggi di Itali.

Kontrak Robinho dengan Santos telah digantung sebelum keputusan mahkamah diketahui baru-baru ini, dengan presiden kelab Orlando Rollo mengesahkan pemain itu akan dipecat jika dibuktikan bersalah. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain