suria

Bagaimana nasib Ronaldo jika perlu tinggalkan Juventus? Pilihan Manchester United, Real Madrid atau PSG

Masa depan Cristiano Ronaldo terus diperkatakan. fot Reuters

Ini tidak pernah berlaku untuk Cristiano Ronaldo dan Juventus.

Ronaldo menyertai Juventus dalam perpindahan £88 juta (RM506 juta) dari Real Madrid pada musim panas 2018 bagi meraih sokongan dan harapan penyokong yang lebih besar.

Inilah bintang yang mendorong Juventus kembali ke puncak bola sepak Eropah dengan membawa mereka ke kejayaan Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 1996.

Ronaldo akan berusia 37 tahun pada musim depan, masa agak suntuk sekiranya beliau mahu memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam.

Waktu beliau di Juventus tidak berjaya di pentas benua dan itu telah diketengahkan oleh beberapa statistik yang membimbangkan.

Tiga kempen gabungannya di Bianconeri telah menyaksikan belua hanya menjaringkan 14 gol dalam perlawanan (enam pada 2018-19, empat pada 2019-20 dan empat musim ini) - yang kurang satu dari jumlahnya pada 2017-18 sahaja di Real Madrid.

Adakah bintang itu memerlukan bantuan dan penglibatannya di Juventus kini kurang menyerlah?

Adakah beliau perlu meninggalkan Juventus?

Jika perlu, pilihannya itu maish jauh kerana Ronaldo masih mempunyai kontrak selama setahun lagi di Stadium Allianz.

Realitinya, hanya beberapa kelab yang mampu memperoleh Ronaldo dengan bayaran yang besar.

Manchester United dan Real Madrid adalah dua daripadanya, namun pandemik Covid-19 telah menyebabkan perbelanjaan kelab perlu dikurangkan.

Jika tidak Manchester United atau Real Madrid, ia mungkin bagi Paris Saint-Germain kerana wang bukan menjadi masalah buat kelab itu.- Mail Online

Cristiano Ronaldo, Juventus, PSG,

Artikel Lain