suria

Jual rumah agam RM6.8 juta, legenda Brazil Adriano tinggal di hotel lebih RM57,000 sebulan

Gambar kiri menunjukkan Adriano selesa dengan tempat tinggal baharunya, sementara gambar kanan adalah barisan pingat yang turut dijualnya selain rumah agam. foto Adriano/ Daily Star

LEGENDA bola sepak Brazil, Adriano mengucapkan selamat tinggal kepada rumah agamnya selepas menjualnya, dan dia kemudian melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menjadikan di sebuah suite hotel mewah sebagai tempat tinggalnya.

Bekas penyerang Inter Milan itu dipercayai membayar £10,000 (RM57,270) sebulan untuk tinggal di hotel mewah di Rio de Janeiro selepas menjual rumah agamnya bernilai £1.2 juta (RM6.87 juta).

Media tempatan tempatan melaporkan Adriano, yang membawa kemenangan negara itu dalam Copa Amerika 2004, menyerahkan segala barang berharga kepada pemilik baharu, termasuk koleksi pingat beliau.

Beliau sekarang mempunyai tempat tinggal yang selesa termasuk kolam renang dan kehidupan mewah.

Hotel tersebut terletak di kawasan kejiranan kelas atasan, Barra do Tijuca dengan Adriano berkongsi gambar-gambar beliau di media sosial.

Menerusi perkongsian itu, Adriano kelihatan gembira dengan tempat tinggal baharu di hotel mewah. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain