suria

Juventus sedia lepaskan Ronaldo dengan hanya RM143.3 juta?

Kontrak Ronaldo bersama Juventus berakhir pada 2022 namun dilaporkan kelab itu bersedia melepaskannya musim panas ini. Foto: Getty Images

JUVENTUS dilaporkan bersedia melepaskan Cristiano Ronaldo pada musim panas ini dengan harga hanya sekitar £25 juta (RM143.3 juta).

Menurut Corriere dello Sport sebagaimana dipetik Football Italia, kelab gergasi Itali itu mungkin sanggup menerima tawaran serendah £25 juta untuk melepaskan bintang Portugal itu kerana mahu memperbaiki keadaan kewangan kelab.

Juventus tersingkir awal di Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini selepas ditewaskan Porto, menyaksikan situasi mereka semakin sukar.

Bekas presiden Juventus, Giovanni Cobolli menegaskan bekas kelabnya membuat kesilapan apabila membeli kapten Portugal itu.

Dalam temubual bersama Radio Punto Nuovo, Cobolli berkata: "Membeli Cristiano Ronaldo adalah keputusan yang salah? Sudah tentu ya.

"Saya mengatakannya sejak hari pertama. Menunjukkan penghargaan untuk juara hebat seperti dia, tetapi dia terlalu mahal," katanya.

Untuk rekod, Ronaldo sah menyertai Juventus pada 2018 dengan nilai perpindahan lebih 100 juta Euro (RM473 juta).

Kontrak Ronaldo bersama Juventus akan berakhir pada 2022. - Talksport.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Juventus, Cristiano Ronaldo, kontrak

Artikel Lain