suria

Tiga minggu dirawat, Woods dibenarkan pulang... kini sedang berehat di mahligai mewah

Mahligai mewah Woods yang terletak di Jupiter Island, Florida.

TIGER Woods kembali ke rumahnya kelmarin selepas dirawat di hospital susulan kecederaan serius akibat nahas jalan raya di Los Angeles, Amerika Syarikat, bulan lalu.

Legenda golf berusia 45 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selepas patah kaki dan buku lalinya cedera teruk dalam kemalangan pada 23 Februari lalu.

Dia kini berehat sambil menjalani sesi pemulihan di mahligai mewahnya di Jupiter Island.

"Gembira untuk berkongsi bahawa saya telah dibenarkan pulang ke rumah dan meneruskan pemulihan. Saya sangat berterima kasih atas sokongan dan dorongan yang diterima sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Terima kasih kepada pakar bedah, doktor, jururawat dan kakitangan yang luar biasa di Pusat Perubatan Harbour-UCLA dan Pusat Perubatan Cedars-Sinai. Anda semua telah merawat saya dengan baik. Tidak dukup rasanya dengan ucapan terima kasih.

"Saya akan menjalani proses pemulihan di rumah dan berusaha untuk menjadi lebih kuat setiap hari," kata Woods.

Dalam nahas tersebut, Woods yang memandu berseorangan sedang dalam perjalanan ke Rolling Hills Country Club di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

Bagaimanapun kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabit dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi waktu tempatan. - Skysport.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain